Tahap Profesionalisme Korang Akan Dinilai Melalui 4 Cara Susunan Dokumen Ini Semasa Interview
# Pengetahuan Interview

Tahap Profesionalisme Korang Akan Dinilai Melalui 4 Cara Susunan Dokumen Ini Semasa Interview

post by Izuan

by Izuan

Jul 2, 2017
pada 7:39 AM

Pergi temuduga macam biasa je, semuanya lengkap, tiada langsung kecacatan tapi sebenarnya bakal majikan boleh tentukan tahap profesionalism korang melalui penyusunan dokumen dalam fail. Wah, betul ke ni? Jangan main letak je sijil-sijil, butiran dan lain-lain dalam fail tu sebab ianya boleh merosakkan reputasi dan potensi korang sebagai calon pekerja. Team Maukerja Malaysia nak bantu korang susun dokumen berharga tu dengan betul. 

1. Resume

Nak pergi interview tanpa resume adalah kesilapan yang besar sekali! Ha jadi dalam checklist dokumen korang perlu ada di atas sekali. Kalau dah penting, jadi ianya patut berada di muka surat pertama dalam fail. Oh, sebelum tu kalau korang ada surat universiti atau cover letter pun boleh disertakan sekali. 

2. Salinan ic 

Walaupun kad pengenalan korang tak pernah berenggang dari dompet, WAJIB kena buat salinan.

3. Sijil akademik

Mungkin ramai yang masih keliru nak letak sijil SPM dulu ke sijil Diploma dahulu? Take note, sentiasa mulakan dengan yang terbaru kemudian baru yang lain tapi ikut turutan. Ingat, kepilkan sekali sijil fotostat bersama supaya senang nak keluarkan jika bakal majikan korang mahukan salinan. Takda lah terkial-kial nak cari kan. 

4. Sijil kokurikulum dan penyertaan 

Kalau korang pernah hadiri kursus atau seminar yang berkaitan dengan skop kerja yang ingin dimohon, boleh juga diletakkan dalam fail dokumen tersebut. Kemudian barulah sertakan segala jenis sijil kokurikulum di bangku sekolah. Ianya sebagai sokongan untuk rujukan bakal majikan korang nanti.