Tak Sah Kalau Tak Malaskan Diri Dengan 4 Perkara Ni Di Hari Minggu
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Tak Sah Kalau Tak Malaskan Diri Dengan 4 Perkara Ni Di Hari Minggu

post by Shasha

by Shasha

Jan 20, 2017
pada 9:25 AM

Yeay hari minggu datang lagi! Macam-macam perkara perlu korang buat kan? Belum termasuk rancangan dengan kawan-kawan lain untuk berjumpa. Ada dua hari je cuti, jadi siapa nak bazirkan waktu keemasan ni betul tak? Hari minggu lah hari malas korang, jadi memang rugi kalau tak lengkapkan dengan 4 benda ni :

1. Selesakan diri 

5 hari bekerja korang bangun awal, gosok baju, berpakaian kemas, segak, cantik dan superb jadi hari minggu ni lah peluang korang untuk pakai baju tidur yang teramat lah selesa sampai lewat tengahari luang masa dengan keluarga. Terasa bebas kan berpakaian selesa walaupun baju tidur korang tu dah lusuh tapi perasaan tersebut buat korang rasa lebih rileks.

2. Unplanned Brunch!

Ha malas tak bermaksudnya korang perlu jadi anti-sosial tapi lebih kepada rileks dan rehatkan diri dengan persekitaran sendiri. Sekali-sekala kan best hujung minggu ajak kawan-kawan ataupun keluarga makan bersama di rumah. Tak perlu merancang bagai nak rak menu makan malam ataupun tengahari.Kata unplanned, haa apa yang terlintas di kepala atau teringin nak masak masakan yang dah lama tak makan tu belasah je. Kan senang, tak perlu nak bergegas nak ke pasar bagai cari barang yang perlu ada untuk dimasak.

3. Manjakan diri nikmati waktu mandi

Hari bekerja lah kita semua ralat nak mandi kan? Ada yang sampai boleh terlelap waktu mandi sehinggakan tak cukup waktu nak keringkan rambut, baju komot, semuanya tak kena. Ambil kesempatan di hari minggu untuk tebus semula. Manjakan diri uruskan diri sewaktu mandi. Nikmati ketenangan air mandian korang. Mesti korang akan rasa puas dan segar dapat bersihkan diri dengan sebetulnya!

4. Jangan bazirkan waktu malas korang

Anggap je waktu malas korang seperti suatu terapi untuk mengembalikan semula tenaga badan dan minda yang telah korang kerah pada hari bekerja. Rehat secukupnya untuk hadapi minggu yang baru dengan semangat dan inspirasi yang lebih segar! Motivasikan diri korang jikalau terasa lemau kerana terlalu banyak hal perlu diselesaikan di tempat kerja.