Tanya Balik Diri Dari 4 Aspek Ini, Berbaloi Ke Kalau Berpindah Ke Tempat Kerja Baru?
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Tanya Balik Diri Dari 4 Aspek Ini, Berbaloi Ke Kalau Berpindah Ke Tempat Kerja Baru?

post by Izuan

by Izuan

Apr 26, 2017
pada 4:14 AM

Antara masalah utama yang dalam kerja adalah masalah bayaran gaji yang boleh dikatakan tidak setimpal, satu-satunya cara adalah mencari peluang pekerjaan lain jika pertimbangan tidak diterima oleh pihak atasan.

Atas pengalaman yang sudah memadai dalam butiran kelayakan di pasaran industri, peluang untuk raih pekerjaan baru dan yang lebih baik mungkinmudah. Namun, kebarangkalian untuk ditempatkan ke daerah atau negeri lain (Relocate) sangat tinggi memandangkan keadaan ekonomi yang tidak stabil. Ada juga situasi dimana anda harus dipindahkan ke cawangan daerah lain dengan menawarkan tawaran yang lebih tinggi.

Relocate kerja boleh mendatangkan kesan buruk mahupun baik terdapat diri kita, ia bergantung pada keadaan. Jadi, sebelum menerima 'tawaran' tersebut fikir semula melalui aspek-aspek ini agar tidak memberi impak yang lebih teruk pada diri kita.

1. Betul Ke Kerja Ini Sesuai Untuk Anda?

Kemungkinan anda harus tinggal jauh daripada keluarga, waktu dan budaya persekitaran kerja mungkin berbeza dengan kerja asal, kalau sebelum ini anda selesa dengan waktu yang fleksibel dan secara tiba-tiba di tempat baru perlu bekerja mengikut masa yang ditetapkan dan perlu menghabiskan masa di tempat kerja. 

Pendek kata, lihat personaliti anda, contohnya kerja tersebut melibatkan shift namun anda seorang yang 'family oriented'. Berbaloi ke kalau terima tawaran tersebut?

2. Kos Sara Hidup Disitu Padan Atau Tidak Dengan Apa Yang Ditawarkan?

Mungkin anda tinggal di sebuah kawasan yang memerlukan kos sara hidup yang rendah, tawaran baru yang anda terima ini di ibu kota yang menawarkan gaji yang jauh berlipat kali ganda dengan apa yang ada sekarang cuma tempatnya di ibu kota. Adakah jumlah itu cukup untuk perbelanjaan bulanan?

3. Manfaat Yang Disediakan Berbaloi Tak?

Ada sesetengah syarikat akan menawarkan beberapa manfaat yang mungkin meringankan komitmen pekerjanya, jika tiada. Sebenarnya tak ada beza kalau anda terima jumlah tawaran kerja baru itu dengan apa yang anda ada sekarang.

4. Ini Ke Kerja Yang Anda Mahukan?

Mungkin anda seorang graduan muda yang sudah menganggur sekian lama dan ketandusan pekerjaan. Tapi fikir semula adakah bidang ini merupakan haluan kerjaya yang anda mahukan? Adakah ia menjadi 'tapak' untuk anda mara kehadapan?

Jangan hanya pandang pada satu sudut sahaja, memang gaji yang ditawarkan itu tinggi dan pendedahan anda terhadap industri akan seakin meluas, namun kita juga manusia biasa yang memerlukan kehidupan sendiri. Ambil kesemua aspek-aspek diatas sebagai panduan sebelum berkata "ya" dengan tawaran tersebut.