Tanya Soalan 'Simple' Pun Kena Cancel Interview? Kesiannya Wanita Ni
# Trending Semasa

Tanya Soalan 'Simple' Pun Kena Cancel Interview? Kesiannya Wanita Ni

post by Izuan

by Izuan

Mar 15, 2017
pada 12:15 PM

Semua orang perlukan pekerjaan dan kerjaya, walaupun ia atas dasar minat atau terpaksa, pokok pangkalnya niat utama kita bekerja adalah mencari duit untuk terus hidup. Kalau tidak, apa gunanya kita memberi sumbangan terhadap sesebuah syarikat kan? 

Kita sebagai calon mahupun pekerja ada hak untuk bertanyakan mengenai kebajikan dan manfaat yang kita patut terima. Sepertimana yang terjadi terhadap gadis yang dikenali sebagai Taylor Byrne ini, kejadian yang menimpa pada dirinya memang tak masuk akal.

Sebuah syarikat 'start-up' bersikap biadap dengannya hanya kerana satu soalan mudah dan soalan yang patut diajukan sebagai pekerja! Ceritanya begini.

Byrne Dihubungi Syarikat Ini, Untuk Menghadiri Interview. Tapi Sebelum Sesi Dijalankan, Dia Email Kepada Majikan Mengenai Gaji & Manfaat Yang Syarikat Tawarkan 

Dan Ini Jawapan Biadap Majikan Itu Berikan...

Syarikat tersebut mengatakan bahawa mereka lebih utamakan "orang kerja keras dan ketabahan" berbanding dengan sebarang "pampasan". Kemudian majikan biadap ini mengatakan bahawa Byrnes tak layak untuk kerja dengan mereka. Selain itu, alasannya adalah terlalu awal untuk di tanya.

Bagi kami sebenarnya tak kisah kalau ditanya, jika dalam iklan kerja tidak menyatakan jumlah bayaran yang ditawarkan.

Brnyes Kemudiannya 'Screenshot & Tweet Untuk Memboikot Syarikat Itu 

Respon Daripada Tweet Tersebut..Ramai Yang Menyebelahinya

Syarikat Tersebut Kemudiannya Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Brynes Dan Menawarkan Interview Untuk Kali Kedua.