Teguran Majikan Dengan Cara Student Ini Mohon Intern Untuk Rujukan Korang
# Pengetahuan Pekerja

Teguran Majikan Dengan Cara Student Ini Mohon Intern Untuk Rujukan Korang

post by Izuan

by Izuan

Jun 16, 2018
pada 6:57 AM

Selama ini kami hanya kongsikan tips-tips kepada anda bagaimana cara memohon kerja atau latihan indusri dengan betul, namun masih lagi yang memandang enteng terhadap perkara sebegini terutamanya kepada pelajar-pelajar yang akan melakukan latihan industri. 

Memandangkan sekarang ini musim pelajar mencari tempat latihan industri, majikan ini menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar. Bagaimanapun, respon yang diterima amat mendukacitakan kerana adab dan tatasusila pelajar ini memohon latihan industri di syarikatnya ini teruk.

Jadi, majikan yang lebih dikenali sebagai Syed Ahmad Fuqaha ini 'ajar' pelajar mahupun pensyarah adab bagaimana cara memohon kerja dengan betul. Take note!

Jangan hantar email kosong. Ini maksudnya anda tidak menunjukkan sebarang effort...

Jangan sekali-kali hantar compressed file (.rar atau .zip). Tiada orang yang ada masa untuk unzip dan baca file anda setiap satu.

 

Nyatakan siapa diri anda dan apa tujuan anda meminta placement latihan industry. Apa yang anda harap boleh dipelajari dari latihan tersebut.

Pensyarah-pensyarah dan para pelajar sekalian, silalah rujuk... adab-adab dan tatasusila meminta kerja

Rasanya kami dah tekankan dalam perkongsian kami sebelum ini cara-cara yang proper untuk memohon latihan industri dengan betul. Buktinya lihat ni, majikan dah suarakan apa yang sepatutnya dilakukan. Harap adik-adik yang masih belajar boleh manfaatkan nasihat majikan ini sebagai rujukan bila tiba giliran anda melakukan latihan industri kelak.