Tewas... Suspek Belasah Wanita Dalam MRT Akhirnya Ditangkap, Netizen Puji 'Tabik PDRM!'
# Trending Semasa

Tewas... Suspek Belasah Wanita Dalam MRT Akhirnya Ditangkap, Netizen Puji 'Tabik PDRM!'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 19, 2019
pada 3:44 PM

Kes wanita disamun dan dibelasah teruk oleh seorang lelaki di dalam lif MRT Cheras masih lagi hangat diperkatakan. Rata-rata meluahkan rasa marah terhadap lelaki yang tak berhati perut itu dan berharap dia dapat ditangkap dalam masa terdekat. Bukan itu saja, malah terdahulu Pejabat Ahli Parlimen Kepong menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat sehingga tertangkap penjenayah yang membelasah seorang wanita berkenaan. 

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua... Menerusi Twitter Bernama News Channel (BNC), pihak polis akhirnya berjaya menahan suspek yang menyamun dan membelasah wanita di MRT Taman Mutiara. Suspek berjaya ditangkap di kediamannya di Taman Cheras.

''Serbuan dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras susulan laporan berhubung kes samun wanita berkenaan. Sewaktu serbuan suspek didapati sedang mencukur rambut di dalam kediaman berkenaan. Pemeriksaan dilakukan turut menemui baju digunakan suspek sewaktu kejadian dan motosikal Modenas Kriss dinaiki bagi melarikan diri.'' - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

 

Sumber Foto: Twitter Bernama News Channel (BNC)

 

Ini Antara Komen Netizen:

 

 

 

Good Job, PDRM!