Tidak Gemar Protokol, Potong Gaji Sendiri & 5 Lagi Sifat YDP Agong Yang Jarang Didedahkan
# Trending Semasa

Tidak Gemar Protokol, Potong Gaji Sendiri & 5 Lagi Sifat YDP Agong Yang Jarang Didedahkan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 20, 2023
pada 7:43 AM

Pada tarikh 11 Jun 2018 yang lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumennya sebagai YDP Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara.

“Baginda Tuanku amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang telah diwujudkan oleh kerajaan baru-baru ini.''

 

Sumber: Kosmo

 

YDPA sangat terkenal dengan sikapnya yang suka merendah diri dan berjiwa rakyat. Ini antara 5 sifat humble Baginda yang mungkin ramai tak pernah tahu...
 

#1 Turun padang bantu mangsa banjir di Kelantan pada tahun 2014 tanpa sebarang protokol rasmi

Pernah satu ketika dulu di mana gambar-gambar YDPA sedang sibuk membantu mangsa banjir di Kelantan viral dan mendapat pujian rakyat. Siap berkaki ayam lagi.

 

#2 Sering bergerak di sekitar negeri dalam diam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat Kelantan

Baginda dikatakan sering berjumpa dengan rakyat di Kelantan dengan mengunjungi mereka, daripada satu rumah ke rumah yang lain.

 

#3 Sering dilihat menghadiri majlis tahlil, menjadi imam solat berjemaah dan menyembelih haiwan korban

 

#4 Gemar mendalami ilmu Islam

Sewaktu pemerintahannya di negeri Kelantan, Baginda dikatakan akan mengadakan kelas agama sekurang-kurangnya seminggu sekali antara waktu Maghrib dan Isyak di Istana Negeri di Kubang Kerian.

 

#5 Tidak gemar berprotokol

Semua sedia maklum yang YDPA tidak gemar untuk mengikuti protokol dalam sebarang majlis rasmi. 

 

Sumber oleh: Says