Tidur Beraircond Dalam Kereta Bawa Risiko Kematian! Walaupun Buka Tingkap? Ini Sebabnya...
# Trending Semasa

Tidur Beraircond Dalam Kereta Bawa Risiko Kematian! Walaupun Buka Tingkap? Ini Sebabnya...

post by sofea

by sofea

Oct 11, 2018
pada 4:05 AM

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kematian 2 orang remaja yang ditemui dalam sebuah kereta Myvi di Kinabatangan, Sabah. Tak ada kecederaan, tak ada apa-apa kesan langsung yang boleh menjadi punca kematian diorang, tapi mereka langsung tidak terjaga walau dah cuba dikejutkan, sampaikan pihak bomba kena datang untuk buka pintu kereta.

Lepas dah berjaya buka, mereka disahkan dah meninggal dunia!

Tapi kenapa? 

Pakar mengatakan yang kemungkinan kedua-dua mangsa ini telah kehilangan nyawa disebabkan kekurangan oksigen semasa di dalam kereta. Katanya:

“Jika kenderaan tidak bergerak, oksigen akan berputar di dalam kenderaan dan akan berkurang selepas disedut oleh kita sewaktu tidur. Apabila oksigen kurang, dan kita tidak sedar, ia akan menyebabkan ia semakin menipis dan membawa maut."

Untuk penerangan lebih mendalam tentang kes kurang oksigen ni, korang kena baca sampai habis!

#1 Ekzos Bocor

Kebocoran ekzos sebenarnya sangat bahaya, sebab bila kita cakap ekzos bocor, kemungkinan asap ekzos akan masuk ke dalam kabin kereta dan bayangkanlah bahaya yang menanti kalau korang terlelap dan kereta tak bergerak?

#2 Peningkatan Karbon Monoksida

Bila berlakunya kebocoran ekzos, akan menyebabkan peningkatan gas karbon monoksida dalam kereta dan mengurangkan paras oksigen yang kita perlukan. 

#3 Penurunan Oksigen Dalam Darah

Ya, semua ini bersangkut-paut, bila karbon monoksida semakin meninggi di dalam kereta, inilah yang akan dihidu penumpang kereta, yang sekaligus menyebabkan kandungan oksigen dalam darah akan kian berkurang. Inilah salah satu sebab terjadinya kematian mengejut. 

#4 Kalau Buka Tingkap Ok Kot?

Salah! Walaupun korang buka tingkap kereta, karbon monoksida masih akan terkumpul dalam ruang kabin kereta yang tetap akan menyebabkan turunnya kandungan oksigen dalam darah. Kesan daripada ini, mangsa akan mula kehilangan kandungan cecair dalam badan. 

#5 Apa Bezanya Kereta Yang Berhenti Dan Yang Sedang Bergerak? 

Kalau kereta bergerak, cukup mudah untuk kita kesan kalau terjadinya perubahan suhu atau kebocoran ekzos. Tapi benda-benda ni susah untuk dikesan semasa kereta sedang berhenti. 

#6 Air Cond Kereta Yang Tak Berfungsi Betul

Air cond yang lemah tidak dapat menghasilkan udara yang segar dalam kereta, ini menyebabkan peningkatan karbon monoksida dalam kereta. 

Jadi apa yang korang patut buat?

Disebabkan itu, sekali-sekali dalam perjalanan jauh tu, korang kena berhenti sekejap untuk ambil udara segar di luar. Di samping itu, korang juga perlu rajin service air cond kereta dan peka dengan keadaan kereta, sangat penting untuk nyawa!