Tutup Mulut Tu, Baru Kerja Jangan Nak Gatal Tanya 4 Soalan Ini Pada Boss!
# Pengetahuan Pekerja

Tutup Mulut Tu, Baru Kerja Jangan Nak Gatal Tanya 4 Soalan Ini Pada Boss!

post by Izuan

by Izuan

Sep 24, 2017
pada 11:25 AM

Pertama sekali tahniah kepada adik-adik fresh grads yang telah berjaya mendapatkan perkerjaan, kepada yang masih belum bekerja teruskan usaha anda dan jangan putus asa untuk terus mencari . Setelah sekian lama jadi 'penganggur terhormat' akhirnya korang dapat melangkah ke alam pekerjaan, tapi ingat! jangan sia-siakan peluang yang ada depan mata sebab jika terlepas peluang ini mungkin takkan dapat digapai semula, buat kerja elok-elok dan jaga tingkah laku.

Langkah permulaan kerja adalah dalam tempoh percubaan dimana korang akan diperhatikan untuk majikan pertimbangkan nak sambungkan korang kerja dengan mereka atau tidak. Dalam tempoh ini, segala tindak tanduk korang akan diperhatikan oleh orang ramai, lebih-lebih lagi dalam bab kerja. Jaga mulut korang agar tak terlepas tanya 4 soalan ini kepada boss korang.

Bagi korang soalan ini macam biasa, tapi bukan bagi boss! Mereka anggap korang budak-budak mentah yang tak serius dalam bekerja!

1. "Sini bila cuti boss?"

Baru hari pertama kerja, belum masuk waktu lunch lagi korang dah tanya boss pasal cuti, Boss akan anggap bahawa korang sebenarnya tak selesa bekerja dengan mereka. Dari situ korang dah dapat persepsi buruk kerana satu soalan yang 'remeh' ini.

Walaupun Boss korang tu orangnya baik dan peramah kalau boleh cuba elakkan tanya soalan begini bila baru masuk, jangan risau dengan cuti tu tahulah Boss maklumkan pada korang nanti. Jangan lepas korang tanya  dia bagi korang cuti serta merta sampai bila-bila sudah. 

 

2. "Boss, sini gaji bila masuk?"

Dah la buat kerja terkial-kial, baru je kerja berapa jam dah mula tanya pasal gaji. Jangan risau Boss mesti bayar punya, tunggu je lah hujung bulan. Soalan sebegini agak lucu bagi pekerja lama bila mereka mendengarnya. Bagi Boss pula, mereka anggap korang tak komited dengan kerja atau tugasan korang yang dilakukan.

 3."Sebenarnya kerja ni saya kena buat apa?"

Jangan lah berkira kalau orang lain minta tolong sikit dekat korang, memang lumrah budak baru masuk kena buat kerja banyak. Dulu masa korang senior dekat kolej pun buli junior kan? Terima lah hakikat.

Selain itu, kalau korang tak faham dengan skop kerja dengan jelas buat research dulu, mungkin soalan sebegini boleh dimaafkan kalau hari pertama korang bekerja. Tapi lepas seminggu baru nak tanya memang kena tengking lah jawabnya. Lagipun cara ini agak kasar kalau digunakan depan boss cuba tanya elok-elok maccam "Maaf boss, boleh saya dapatkan gambaran lebih jelas mengenai skop kerja saya memandangkan ini kali pertama saya melakukan kerja ini?".

4. "Bila boleh balik Boss?"

Disaat waktu genting semua orang tengah sibuk menyiapkan tugas mereka, korang pergi tanya soalan macam ni.Memang mengundang padah! Korang sepatutnya menjadi lebih matang di tempat kerja, kurangkan budaya  lepak dengan kawan.

Beri keutamaan pada pekerjaan dulu, jangan buat sebarang perjanjian dengan kawan atau kekasih korang tu disaat korang baru masuk kerja. Inilah sebab-sebabnya kenapa ramai majikan kalau boleh tak nak ambil graduan muda, suka tanya soalan yang merapu daripada pasal kerja!