Untuk Korang Yang Nak Beli Rumah, Ini Adalah Perbandingan Nisbah Hutang Bagi Setiap Bank
# Gaya Hidup

Untuk Korang Yang Nak Beli Rumah, Ini Adalah Perbandingan Nisbah Hutang Bagi Setiap Bank

post by Aisya

by Aisya

Aug 24, 2021
pada 7:24 AM

Untuk Korang Yang Nak Beli Rumah, Ini Adalah Perbandingan Nisbah Hutang Bagi Setiap Bank

Pasti ramai antara korang yang nak beli rumah kan? Tapi ramai jugak yang tak tahu dokumen apa yang diperlukan dan kitorang yakin pasti ramai yang akan tanya bagaimana kiraan pinjaman perumahan bankkan? Kalau korang nak tahu, ia bergantung kepada gaji dan komitment korang tiap-tiap bulan tau. Setiap bank mempunyai percentage Debt Service Ratio (DSR) yang berbeza bergantung pada gaji bersih pembeli.

Kadar pinjaman

Dan ramai antara korang yang tanya bank mana yang beri kadar rendah kan? Ok korang boleh rujuk gambar kat bawah ni:

 

Haa lagi satu, ia juga sebenarnya bergantung kepada 'Credit Scoring' seseorang tu, cantik ke tak corak pembayarannya dengan bank. Kalau ada rongak dan bayar lambat, kemungkinan besar bank akan letak kadar yang tinggi.

Dokumen yang diperlukan

Kalau korang nak buat pinjaman perumahan, ni dokumen yang korang perlukan:

1. Salinan kad pengenalan
2. Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
3. Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
4. Dokumen perjanjian jual beli/resit pembayaran deposit atau tempahan/ surat tawaran daripada pemaju
5. Salinan surat hakmilik tanah (jika ada)
6. Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resit simpanan tetap
7. EPF / KWSP statement
8. Document sokongan (Tabung GAJI, ASB, Unit Amanah, Fixed Depsosit)

Tapi kalau korang bekerja sendiri, korang kena lampirkan:

1. Dokumen pendaftaran perniagaan,
2. Penyata bank untuk 3 bulan terakhir
3. Penyata kewangan terkini dan dokumen lain yang boleh menyokong sumber pendapatan anda.
4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan.

Lepas korang dah buat pilihan dan setuju semua, korang kena melantik seorang peguam yang merupakan panel peguam institusi perbankan untuk menyiapkan dokumentasi pinjaman. Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan kepada jabatan Kerajaan berkenaan untuk pendaftaran dan kepada Pejabat Setem untuk pembatalan setem.