Video Sikap Dedikasi Pramugari Air Asia Hiburkan Penumpang Bila 'Flight Delay' Viral
# Trending Semasa

Video Sikap Dedikasi Pramugari Air Asia Hiburkan Penumpang Bila 'Flight Delay' Viral

post by Izuan

by Izuan

Aug 16, 2017
pada 10:55 AM

Setiap pekerjaan akan diberi amanah tanggungjawabnya tersendiri, lebih-lebih lagi yang melibatkan kepuasan pelanggan. Tak dinafikan, memang susah, silap langkah prestasi perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat pasti akan terjejas.

Oleh itu, pekerja memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa setiap pelanggannya tidak 'complain' terhadap perkhidmatan tersebut jika berlaku sebarang masalah. Contohnya seperti insiden yang terjadi pada Air Asia, penerbangan dari Hong Kong ke Thailand terpaksa ditangguhkan ekoran dengan masalah teknikal pada saat-saat akhir.

Lebih getir lagi apabila semua penumpang sudah mengambil tempatnya untuk berangkat, sudah semestinya ia akan menimbulkan rasa kurang senang terhadap penumpang. Jadi, seorang pramugari bertindak untuk melakukan sesuatu agar memastikan penumpangnya tidak rasa marah dan bosan.

Beliau menghiburkan penumpang dengan menyanyikan  2 buah lagu, sikapnya yang berdedikasi itu telah mendapat lebih daripada 4,000 perkongsian di Facebook,  ternyata tindakannya itu disenangi oleh penumpang-penumpang di dalam pesawat tersebut.

Jason Mraz - I'm Yours

Kemudian Dia Menyanyikan Lagu Thailand Untuk 'Isi Masa' Penumpang