[VIDEO] - Tanda-Tanda 'Obvious' Company Tu Sebenarnya Scam! Ini Cara Nak 'Detect'
# Pengetahuan Pekerja

[VIDEO] - Tanda-Tanda 'Obvious' Company Tu Sebenarnya Scam! Ini Cara Nak 'Detect'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 17, 2019
pada 11:33 AM

Sekarang ni memang banyak kes job seeker yang ditipu oleh company scam, bukan saja tipu dari segi tawaran kerja, malah ada yang siap menipu daripada segi kewangan lagi tau! Hati-hati korang! Sebab tulah pentingnya untuk korang semak latar belakang sesebuah company tu sebelum terima tawaran. Memang zaman sekarang ni agak susah untuk mendapat kerja. Tapi janganlah kita main terima je sebarang tawaran yang datang tanpa mengambil kira sama ada company tu scam ataupun tak.

Macam mana nak tahu sama ada company tu scam ataupun tak? Korang boleh rujuk sini:

 

1. Kena Bayaran Semasa Cari Kerja

''Nak cari kerja ke? Dah beli borang permohonan kerja? Satu borang RM20 ye. Lagi banyak korang beli, lagi tinggi peluang untuk korang dapat kerja tau!''

''Sebelum kita mulakan interview ni, awak kena bayar RM30 untuk proses interview ni ye.''

Ni antara bayaran yang memang tak masuk akal langsung. Semua benda pun nak minta bayaran, memang nampak sangat yang company tu nak kenakan korang je.

 

 

2. Permintaan Pelik & Mencurigakan

Ada banyak jugak report tentang company scam ni suka mintak maklumat yang sama sekali tak masuk akal dan tak logik! Sebagai contoh, korang mohon kerja tapi tiba-tiba bakal majikan tu mintak korang hantar gambar yang agak kurang sopan. Ish, peliknya! Nampak sangat ada agenda tersembunyi.

 

 

3. Tempat & Masa Interview Yang Mencurigakan

Kebiasaannya, waktu interview mestilah diaturkan ketika waktu kerja. Tapi kalau ada yang aturkan pada waktu malam seperti dalam video ni, memang nampak sangat ada yang tak kena. Hati-hati! Jangan cepat percaya ya!

 

 


 

Tonton Video Selanjutnya