Wanita Jatuh Atas 'Track' Station LRT Damai Pagi Tadi, Saksi Kongsi Apa Yang Terjadi
# Trending Semasa

Wanita Jatuh Atas 'Track' Station LRT Damai Pagi Tadi, Saksi Kongsi Apa Yang Terjadi

post by Aisya

by Aisya

Apr 18, 2018
pada 3:25 AM

Pagi ni ada satu kejadian yang tidak diingini berlaku di stesen LRT Damai. Netizen telah memuat naik di laman Twitter dan menyatakan terdapat penumpang LRT terkandas di landasan laluan berkenaan hingga membuatkan stesen sesak.

Tambah memburukkan keadaan adalah waktu pagi merupakan waktu puncak bagi warga kota menuju ke tempat kerja masing-masing.

Menurut Harian Metro, pengguna tersebut tiba-tiba pengsan lalu tergelincir jatuh ke landasan sehingga menyebabkan perkhidmatan LRT tergendala. Walau bagaimanapun, pihak MyRapidKL ada menyatakan bahawa mangsa berjaya diselamatkan dan sudah diberikan rawatan.

"Stesen Damai ditutup untuk keselamatan ketika ini. Tren akan beroperasi secara berselang-seli. Kami akan menyediakan bas untuk membawa penumpang. Ikuti perkembangan semasa.

"Kami menghantar tren-tren ke KL Sentral dan Setiawangsa untuk memudahkan orang ramai." menurut RapidKL.

Difahamkan mangsa adalah seorang wanita.