"You've Worked With Petronas? So What?" Pengakuan Pakar Interview Ini Terhadap Kualiti CV
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

"You've Worked With Petronas? So What?" Pengakuan Pakar Interview Ini Terhadap Kualiti CV

post by Aisya

by Aisya

Feb 21, 2017
pada 5:19 AM

Biasanya kalau korang nak tahu mengenai CV atau resume, korang hanya cari dekat Google je kan? Tapi boleh percaya ke? Kalau korang rasa ragu-ragu, ini Asrul Muzaffar seorang Pakar atau expert dalam pengurusan projek dan specializing dalam Conceptual Marketing, seorang penulis dan banyak lagi lah berkongsi tips berguna mengenai CV. Kali ini memang korang boleh ikuti kesemua tips berguna ini kerana dia ada pengalaman yang sangat meluas.

 

1) "CV is like a sales brochure you use to 'sell' yourself" 

CV ni macam brochure tahu tak untuk nak jual diri korang. Ianya macam mewakilkan diri korang di saat HR baca CV tu. Kalau CV korang tu biasa-biasa je dan tidak menarik hati, HR akan membayangkan yang calon ini juga adalah seoranng yang biasa dan tidak standout. 

 

2) "So? What kind of events? Staff gathering? Launch ceremony? What did you do? Pegang tombak?" 

Korang kalau pernah kerja di tempat yang gah ataupun pengalaman kerja cemerlang sekalipun, kalau korang tak senaraikan pencapaian korang tiada guna juga. HR nak tahu apa yang korang pernah capai sewaktu kerja, bukan hanya di mana korang bekerja je.

 

3) "Remember that potential employers may have to go through thousands of CV for one vacant post"

Macam biasa, HR ni mereka menerima beratus-ratus CV setiap hari sampaikan tak cukup tangan. Tambahan lagi kalau ianya organisasi besar jadi lakukan yang sebolehnya  untuk nak tarik perhatian mereka.

 

4) "Bila CV tak menarik design-wise atau content-wise, I would assume you're not that interested with the job"

Tunjukkan lah usaha sikit yang korang memang nak kerja tu. Kalau design pun tak menarik, ataupun isi kandungan CV tu biasa-biasa je, HR pasti akan ingat yang korang tak berminat dengan kerja yang dimohon.

 

5) "...those with detailed CV have better chance for interview" 

Ada orang gemar resume tetapi ada juga yang pilih CV. Buat Asrul Muzaffar dia lebih gemar CV kerana resume ini terlampau ringkas. CV ini sangat mendalam dan senang untu mereka nak cari jawapan dalam CV korang tu. 

 

6) "I'd choose around 50 and then shortlist 10 for interview"

Ketahuilah bahawa HR selalunya apabila diberikan satu file yang penuh dengan CV, mereka hanya akan pilih 50 CV sahaja dan akan panggil 10 orang untuk temuduga. Sebab itu lah pentingnya korang menulis CV ni. Tuliskan apa kejayaan yang pernah korang lakukan sewaktu kerja.

 

7) "Don't be fooled with those who say 'I have 10 years work experience' "

Bila calon tulis dalam CV ada pengalaman kerja 10 tahun, jangan tertipu, mungkin ianya pengalaman selama setahun sahaja yang diulang sebanyak 10 kali. Maksudnya, calon tersebut bertukar-tukar syarikat selama 10 kali.