Yuran Ditanggung 100%, Elaun Bulanan RM1,200 & Ada Hostel! Daftar Anak Anda Belajar Di Sini!
# Jenis Pekerjaan

Yuran Ditanggung 100%, Elaun Bulanan RM1,200 & Ada Hostel! Daftar Anak Anda Belajar Di Sini!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 28, 2019
pada 12:32 PM

Ibu bapa di luar sana tengah pening kepala cari tempat belajar terbaik untuk anak anda? Results SPM baru je keluar, tempat belajar masih tak jumpa-jumpa lagi. Banyak faktor kena ambil kira, terutama sekali kos pengajian. Banyak juga duit nak pakai tu. Pening, pening!

Apa kata anda hantar anak anda sambung belajar menerusi Program Perantis Sistem Latihan Dual National (SLDN) anjuran McDonald's yang bernilai RM30,000 ini. Berbaloi-baloi sangat sebab tiada yuran pendaftaran dikenakan tau. Ye, 100% ditaja oleh program ini. 

Oh, bukan saja yuran ditaja, ada banyak lagi manfaat tambahan lain yang disediakan termasuklah tanggungan makanan sepanjang tempoh pembelajaran (ya, PERCUMA!), setiap bulan anak anda akan diberikan elaun sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan banyak lagi!

Risau tiada tempat tinggal? Di sini turut disediakan hostel tau! Tak perlu sewa bilik atau rumah lagi! Belajar di mana-mana kolej mahupun universiti tidak menjamin anda untuk terus dapat kerja selepas tamat pengajian. Namun di sini, anda akan ditawarkan kerja dengan McDonald's selepas berjaya menamatkan program ini! Apa lagi, jom mohon sekarang!

 


 

Perantis SLDN

  • Perantis SLDN anjuran McDonald's ini adalah program pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran didalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan. Selepas program selesai, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). SKM tahap 2 dan 3.

 

Syarat Kelayakan

  • Berumur 17 tahun dan ke atas

  • Terbuka kepada perantis lelaki dan perempuan

  • Mempunyai kelayakan akademik PMR/SPM atau setaraf

  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan

  • Warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap

  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira

  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan

  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan inggeris

  • Mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga

 

Sijil Kemahiran Yang Bakal Diberikan

  • Sekiranya anda berjaya menamatkan program ini, anda akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Perkhidmatan Makanan (Food Services).

 

Senarai Tawaran Kursus

  • Pelatih akan dibahagikan kepada dua kursus pembelajaran iaitu Penyediaan Makanan dan Layanan & Pentadbiran, berikut adalah bab pembelajaran untuk semua pelatih:

 

(A) Penyediaan Makanan & Layanan :

  • Fast Food Safety - Health & Hygiene Practices
  • Fast Food Equipment Fire Up Activities
  • Fast Food & Beverages Preparation
  • Fast Food Customer Support Services
  • Fast Food Catering & Events Activities
  • Fast Food Cashiering Handling
  • Fast Food Product Receiving & Storing
  • Fast Food Deliveri Activities

 

(B) Pentadbiran :

  • Fast Food Administrative Operations
  • Fast Food Quality Control
  • Handling Customer Complaint In Fast Food Services
  • Fast Food Cash Controlling

 

Sambung Belajar & Jaminan Kerja

  • Berbeza dengan program lain, program SLDN ini membolehkan anda memperoleh ilmu di samping mendapatkan kerjaya selepas tamat pengajian. Sekiranya anda mengikuti program ini, anda bakal mempunyai peluang yang cerah untuk dinaikkan pangkat menjadi seorang Pengurus selepas tamat pengajian.

 

Diberi RM 1,200 Sebulan Sepanjang Latihan & Ditaja 100%

  • Pastikan anda memiliki akaun bank Maybank, kerana bayaran RM 1,200 sebulan akan diberikan kepada pelatih setiap hujung bulan! Bukan itu sahaja, pelatih akan menerima faedah perubatan dari Klik Panel tau! tak cukup dengan itu, ada perlindungan insurans siap dengan makanan percuma lagi!

  • Kursus Keselamatan Makanan juga akan ditaja sepenuhnya, bersertakan suntikan Typhoid.

 


 



 

Manfaat Tambahan

  • Bernilai RM30,000 & Ditaja 100%

  • Elaun RM1,200 

  • Hostel disediakan

  • Faedah Perubatan dari Klinik Panel

  • Pelindungan Insuran

  • Makanan percuma sepanjang proses pembelajaran

  • Kursus Keselamatan Makanan

  • Suntikan Typhoid

  • Sijil SKM tahap 2 dan 3 (akan dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan kursus)

 


 

Tarikh & Masa: 15 April 2019 (10am-5pm)

Lokasi: McDonald’s Malaysia (HQ)

Alamat:

Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd

Level 12A, Bangunan TH (Tabung Haji),

Damansara Uptown 3,

No 3, Jln SS 21/39,

47400 Petaling Jaya, Selangor.

KL / Selangor

Lokasi Kerja: Sekitar KL & Selangor

 


 

Sebelum pergi interview, pastikan korang MOHON DI SINI dulu ya!

Jangan sia-siakan peluang sambung belajar di sini.

Mohon segera!