Borang Permohonan 'Bakul Makanan' RM100 Untuk B40 - Pekerja Cuti Tanpa Gaji/Peniaga Pasar Malam & Pemohon Lain**
# Trending Semasa

Borang Permohonan 'Bakul Makanan' RM100 Untuk B40 - Pekerja Cuti Tanpa Gaji/Peniaga Pasar Malam & Pemohon Lain**

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 26, 2020
pada 11:18 AM

Sepanjang isu tempoh kawalan pergerakan ini diumumkan, Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Program ini mengalu-alukan orang ramai yang memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit untuk mohon bantuan ini segera.

 

 

Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan. Bantuan ini menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satuuntuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.

Selain itu, nasi bungkus yang sudah siap dimasak turut diberikan bagi mereka yang tidak mempunyai makanan langsung. Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.

 


 

Syarat-Syarat Untuk Mohon

1) Pendapatan Isi Rumah - Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi

2) Tanggungan Isi Rumah - Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi

3) Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji - Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19

4) Hilang Punca Pendapatan Keluarga - Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan

5) Peniaga Pasar Malam - Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan

6) Ibu Tunggal - Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.

 

Bagi yang ingin buat permohonan, boleh isi borang permohonan lengkap di sini:

 

NOTA: Mereka yang masih mempunyai pendapatan TIDAK LAYAK memohon.