[TERKINI] - Tak Perlu Mohon, Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Boleh Rujuk Sini Untuk Info Lanjut
# Trending Semasa

[TERKINI] - Tak Perlu Mohon, Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Boleh Rujuk Sini Untuk Info Lanjut

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 31, 2020
pada 4:16 PM

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada jumaat yang lalu, kerajaan telah mewujudkan Bantuan Prihatin Nasional bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. 

Senarai bantuan dan tarikh bantuan yang bakal diterima oleh rakyat boleh dirujuk di sini:

 

Sehubungan itu, pihak LHDNM sebentar tadi telah mengeluarkan satu pengumuman menerusi twitter rasminya:

Bagi sesiapa yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020, anda TIDAK PERLU membuat sebarang permohonan kerana secara automatik anda layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional.


Pihak LHDNM akan memaklumkan penerima yang layak menerusi email masing-masing dalam waktu terdekat. 

 

Memandangkan laman web rasmi LHDNM dan juga BSH agak perlahan untuk diakses, kami akan membantu untuk mengemaskini maklumat daripada semasa ke semasa.