Kejam! Sambungan Kes Zulfarhan, Saksi Beri Gambaran Mangsa Dipukul Macam Lawan 'Boxing!'
# Trending Semasa

Kejam! Sambungan Kes Zulfarhan, Saksi Beri Gambaran Mangsa Dipukul Macam Lawan 'Boxing!'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 12, 2018
pada 10:09 AM

Ingat lagi kejadian yang pernah menimpa penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) terdahulu? Allahyarham Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain di mana dia telah dibunuh dengan kejam oleh rakan-rakan di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM). Kejam, memang kejam! Seluruh rakyat Malaysia sama-sama meratapi nasib yang menimpa mangsa kerana tindakan yang dilakukan itu memang tak boleh diterima dek akal.

 

Menurut sumber yang diperoleh daripada Kosmo, salah seorang saksi, Mohd Syafiq Abdullah, 22 memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Zulfarhan Osman kelihatan menahan sakit dan berpeluh-peluh ketika dipukul oleh rakan-rakannya sebelum seorang daripada tertuduh, Noriznan Izzairi Noor Azhar, yang merupakan tertuduh ke-17, yang didakwa mencederakan Zulfarhan Osman, mengelap peluh mangsa.

Selepas Noriznan Izzairi mengelap peluh mangsa, tertuduh-tertuduh lain kemudian menyambung semula perbuatan memukul mangsa. Ketika ditanya sama ada perbuatan mengelap peluh tu boleh diibaratkan seperti perlawanan 'boxing,' dia menjawab, ''Ya, lebih kurang macam tulah.''

 

Sumber gambar: New Straits Times

 

Menurut kenyataan daripada saksi, ada yang datang tengok dan tak buat apa-apa. Ada juga beberapa pelajar yang cuba menghalang ketika kejadian itu berlaku dengan memarahi individu-individu yang memukul mangsa. 

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.