Korang Tahu Tak Sebenarnya 4 Resit Ini Boleh 'Claim' E-Filing LHDN?
# Pengetahuan Pekerja

Korang Tahu Tak Sebenarnya 4 Resit Ini Boleh 'Claim' E-Filing LHDN?

post by Izuan

by Izuan

May 4, 2018
pada 5:32 AM

Seperti yang kita semua tahu, tarikh akhir penghantaran e-filing telah dilanjutkan shingga 15 Mei ini, dan kaunter LHDN pula dibuka ini juga dibuka pada hari munggu bagi memudahkan pekerja-pekerja lain melakukan proses e-filing ini.

Mesti ramai yang fikir segala resit-resit atau bukti pembayaran lepas yang mungkin susah nak cari, namun pasti ramai yang tak tahu bahawa sebanrnya gaya hidup kita juga boleh mendapat perlepasan cukai? Jadi, masih sempat lagi untuk anda cari semua ini sebelum tarikh tutup!

1. Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak

2.  Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak.

 

3. Peralatan sukan dan gym

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan haruslah  mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor). untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak.

4 Bayaran langganan internet

Jumlah amaun potongan untuk gaya hidup ini sebanyak RM 2,500. Bukan itu sahaja, komitmen lain yang tidak melibatkan urusan dengan bank juga anda boleh simpan untuk perlepasan cukai pendapatan ini. Kumpul kesemuanya kalau tak nak terkenal penalti. Untuk sebarang urusan, boleh hubungi 1-800-88-5436 (LHDN) atau talian 03-7713 6655 berknaan dengan e-filing ini.

Lain-Lain Perlepasan Cukai

Senarai 21 Perlepasan Cukai

1 Individu dan saudara tanggungan 

Amaun Potongan : RM 9,000

2. Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

Atau

Ibu dan Bapa 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

Amaun Potongan : 5,000 (Terhad) ATAU 3,000 (Terhad)

3. Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)

Amaun Potongan : RM 6,000 (Terhad)

4. Individu Kurang Upaya

Amaun Potongan : RM 6,000

5. Yuran Pendidikan (Sendiri) :
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; 
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian

Amaun Potongan : RM 7,000 (Terhad)

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)

Amaun Potongan : RM 6,000 (Terhad)

7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)

Amaun Potongan : RM 500 (Terhad)

8. Gaya Hidup : 
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; 
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; 
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan 
(iv) Bayaran langganan internet

Amaun Potongan : RM 2,500(Terhad)

9. Pembelian peralatan penyusuan

Amaun Potongan : RM 1,000 (Terhad)

10. Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

Amaun Potongan : RM 1,000 (Terhad)

11. Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017)    

Amaun Potongan : RM 6,000 (Terhad)

12. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

Amaun Potongan RM : 4,000 (Terhad)

13. Suami/Isteri kurang upaya

Amaun Potongan : RM 3,500

14. Anak di bawah umur 18 tahun

Amaun Potongan : RM 2,000

15. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

Amaun Potongan : RM 2,000

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
Amaun Potongan : RM 8,000

17. Anak Kurang upaya

Amaun Potongan : RM 6,000

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

Amaun Potongan : RM 6,000 (Terhad)

19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.    

Amaun Potongan : RM 3,000 (Terhad)

20. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

Amaun Potongan : RM3,000 (Terhad)

21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
    
Amaun Potongan : RM 250 (Terhad)

Sumber : LHDN