[PTPTN] - ''Bayar Tetap Bayar, Tapi Pembayaran Perlu Adil'' - Ini 'Janji' Syed Saddiq
# Trending Semasa

[PTPTN] - ''Bayar Tetap Bayar, Tapi Pembayaran Perlu Adil'' - Ini 'Janji' Syed Saddiq

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 5, 2018
pada 9:00 AM

Semua sedia maklum tentang pengumuman yang dibuat semalam mengenai isu peratus Potongan Gaji Berjadual (PGB) yang telah pun dikeluarkan semalam. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Pengerusi PTPTN, En Wan Saiful Wan Jan, bayaran melalui Potongan Gaji Berjadual (PGB) itu akan dikenakan serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan.

 

Lihat jadual  Potongan Gaji Berjadual (PGB) di sini : ''Gaji Bawah RM2,000 Tak Perlu Bayar.'' - Ini Jadual Potongan PTPTN Mengikut 'Income!'

 

Namun, penjelasan ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan peminjam PTPTN sehinggakan topik PTPTN telah pun menjadi #trending di Twitter. Ini antara respons orang ramai mengenai perkara ini:

 

''Semua orang komitmen tak sama...''

 

''Please review this skim again...''

 

''Mana keadilan?''

 

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut tidak ketinggalan dalam memberikan respons tentang isu PTPTN ini. Dalam video yang dikongsikan menerusi Twitter, ini apa yang telah pun diucapkan sepanjang rakaman video tersebut:

 

''Saya ambil maklum pandangan dan rintihan anak muda tentang kadar pembayaran semula PTPTN. Pada esok hari semasa mesyuarat Jemaah Menteri, saya akan bawa suara anda supaya kes ini dapat dipertimbangkan semula kerana saya percaya walaupun kita perlu membayar semula hutang, bayar tetap bayar tetapi pembayaran itu perlu adil untuk membantu anak muda dan tidak terlalu membebankan mereka. Khususnya bagi anak muda yang selama ini telahpun membayar PTPTN, setelah berunding dengan PTPTN, patuh kepada syarat dan bayar menepati masa. Sebab itulah saya akan membawa suara anda semua dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada anda.'' - Syed Saddiq.

 

Tonton video selanjutnya di sini:

 

Sama-samalah kita nantikan perkembangan lanjut mengenai isu ini dari semasa ke semasa.